“Aku tak nak duit. Hanya darah boleh beli kebahagiaan aku.” Sebuah...

Cerita bermula pada tahun 2014, sejurus selepas perkahwinan Rais, pada usianya 25 tahun.
Selain ber-busking, Rais juga mengambil peluang menjadi guru musik di mana2 tempat yang menyediakan kelas musik.
Musik bagi Rais, adalah satu elemen penting baginya, sebagai penambah bahagia di dalam hidupnya.
Walaupun dah berpeluh ketiak dia mencari duit melalui musik, namun belum cukup untuk memberi keselesaan yang lebih kepada keluarganya.
Hasil pendapatan melalui busking, tak mampu untuk menampung kehidupannya.
Jadi, dia ambil kesempatan untuk mencuba benda baru.
“Ish. Gila kau. Tak nak la aku.”
“Kau kutuk career aku ea?”
“Bukan macam tu Nan. Aku mana reti jadi badut, kau boleh la. Kau memang badut sejak sekolah lagi.” jawab Rais dengan kepulan asap rokok, keluar dari mulutnya.
“Haha.”
“Macam ni Rais. Senang je jadi badut. Kau pakai costume, kau buat orang gelak. Kau berjoget ke. Buat belon ke. Budak-budak confirm gelak kalau tengok badut. Easy money.” kata Afnan sambil menghirup air Tea O Ais.
“Takpe, kau try dulu. Aku bagi kau satu job.”
“Ish tak yah la. Tak nak la aku.”
“Bro, satu job, dapat at least RM 150 kau tau tak?”
“Kau cerita sikit, macam mana jadi badut.”
“Okay. Cerita dia macam ni.....”
“Nur. Abang rasa, abang nak try job baru la.”
“Job apa abang?” tanya Nur sambil bersila melipat baju.
“Badut?”
“Haah. Badut. Asal? Nur dengar apa?”
“Haha. Tak la. Kenapa nak jadi Badut bang? Abang dah ok kan busking selama ni?”
“Nur. Tak lama dah, anak first kita akan lahir. Kita kena ada duit emergency. Macam-macam lagi. Abang tak nak Nur dengan anak kita susah.”
“Nur tak suka abang jadi badut? Nur malu?”
“Tak la. Abang kan plan nak jadi penyanyi la apa la. Tiba-tiba nak jadi badut.”
Tapi, benda tu dah mustahil.
Rais imbas kembali kata-kata Afnan petang tadi.
Rais terfikir satu idea. Apa kata kalau dia perform jadi badut, sambil menyanyi.
Dia tak kelakar, tapi budak-budak suka musik. Dia boleh jadi badut yang pandai main alat musik dan menyanyi.
Kemudian Rais terus cium dahi isteri dia, dan bersiap untuk solat dan tidur.
Pada keesokkan harinya, Rais berjumpa dengan Afnan di sebuah majlis,
Sambutan Hari Lahir anak perempuan kepada seorang pengetua sekolah.
“Boleh-boleh” jawab Rais sambil menyarung costume badut.
“Okay, kau ingat tak step nak buat helicopter guna belon?”
“Ingat.”
“Gajah?”
“Ingat.”
“Drone?”
“Ingat. Kau tenang je Nan. Biar aku buat kerja.”
“Ya ya. Aku tahu.” kata Rais sambil memperbetulkan hidung merahnya.
“Naik pentas ni kan?”
“Haah. Ya. Ingat. Nama badut kau. Tapir. Tapir The Clown.”
“Ok. Tapir The Clown.”
.
.
.
“Test..Test.. Okay..
Saya menjemput, penghibur majlis kita..
Tapir The Clown!”
“Hoi Rais! Kau buat apa bawak gitar?”
Rais menghiraukan Afnan. Dan terus menuju ke tengah-tengah pentas.
“Hai. Nama abang Rais. Eh silap, Tapir. Tapir The Clown.”
“Hahahaha!” budak-budak ketawa di bawah pentas.
“Sukaa!!” jawab dorang serentak.
Rais pun menarik tiga belon panjang dan memulas tiga belon tu menjadi, seekor kucing. Dia lukis kepala kucing tu dengan Sharpie. Dan dia letak kucing belon tu di tepi kaki dia
“Haiii Girang!” jawab dorang serentak sambil melambai tangan.”
“Jap.
Apa?” Rais berpura-pura bercakap dengan Girang.
“Nakk!”
“Okay. Nama lagu ni adalah,
Morning Has Broken”
“Raindrops Keep Fallin’ On My Head.”
It was, a very, cheerful and blessful day.
Rais berasa gembira, kerana mampu menceriakan kanak-kanak dan ibubapa yang hadir dengan lagunya.
Sejak dari hari tu, Rais menerima banyak job dari ibubapa dan guru-guru untuk melakukan persembahan di majlis mereka.
“Nur. Tengok ni. Abang dapat job RM 2,000.00 untuk sebuah event.” tegur Rais sambil mengilas kain pelikatnya.
“Tak pasti. Event orang-orang kaya kot.”
“Kat mana bang?”
“Puteri Harbour”
Rais berada di belakang pentas. Memegang gitar. Bersedia utk membuat persembahan
Dalam kepalanya, hanyalah payment yang berjumlah RM 2,000.00. Duit utk menampung keluarganya
Tapir The Clown!!”
Rais naik ke pentas. Beratus-ratus penonton di bawah bersorak bertepuk tangan.
“Mom, look. That’s the clown. The clown who can sing!” teriak seorang budak perempuan di bawah pentas.
“Boo!!”
“Boooo!!!”
“Make some jokes! What are you doing with that stupid guitar?!”
“Sing you damn clown!”
“Are you fucking kidding me?! I want some boobies. Not a stupid clown you damn ass moron!!”
“You are in the wrong place you shithead clown!!”
Dia tak tahan rasa dihina. Menjadi ejekan. Dihamburkan dengan kata-kata kesat. Diludah dgn kenyataan yang sukar untuk ditelan.
Rais, secara perlahan-lahan, meniup sebiji belon yang dipenuhi dengan confetti. Dan dilepaskannya. Belon itu terapung di udara, dalam perkarangan pentas.
Rais membuka sebuah kotak. Dalam kotak tu dipenuhi dengan alat lukisan cat air.
Semua penonton terdiam. Dorang semua memerhatikan lukisan yang dilukis oleh Rais.
“Is that a branches? Tree branches?”
“No. I think, petals.”
Rais melukis sekuntum bunga yang belum mekar. Bunga yang menguncup.
Rais memegang gitar, dan berdiri. All the sadness, and disappointment, dia akan hapuskan, melalui lagunya.
“Musik merupakan element penting, sebagai penambah kebahagiaan di dalam hidupnya.”
Dan memainkan sebuah lagu dari Ulli Boegershausen.
“Tango”.
Selepas 2 minit petikan gitar dimainkan, lukisan di belakang Rais, tiba-tiba telah berubah bentuk, secara perlahan-lahan.
Bunga itu, umpama sedang mengembang setelah disimbah air. Dan kemudiannya, mekar menjadi, sekuntum
“Bunga Teratai.”
“The Bloom of Lotus”
“POP!!”
“POP! POP! POP!! POP!! POP!!!”
Sebuah persembahan yang penuh dengan simbolik. Penuh dengan simbolik.
“Macam mana dia buat??”
“Macam mana lukisan boleh berubah?”
“Kenapa belon tiba-tiba pecah??”
“Is he a magician? A clown with a magic and singing skill?”
“Bravo Tapir!!”
“Show us more!!”
“More!! More!!”
Dia berjalan menuruni pentas. Apabila dia sampai ke belakang pentas,
“Rais! Kau Rais kan?” tegur seorang lelaki yang memakai suit.
“Haah. Encik ni siapa?”
“Oh kau Li!! Weh lama tak jumpa. Makin kacak kau ea. Kau kerja apa sekarang?”
“Aku kerja biasa-biasa je. Nantilah aku cerita. Eh stail doh show kau tadi. Kau dah lama jadi badut?”
“Mana ada. Jap, awal lagi ni, kita minum dulu?”
“Okay. Kat mana?”
“Takpe, kau ikut je aku.”
“Dah.” balas Rais. Juga sambil menghisap rokok. Dan meneguk Tea O Suam.
“Anak?”
“Sorang. Laki.”
“Fuhh. Susah tu bro. Kau kerja badut, boleh support family kau tak?”
“Boleh la. Sikit-sikit.”
“Mad skill? Skill apa?”
“Aku tengok apa kau buat kat atas pentas tadi. Kau otak geliga jugak ni. Tangan kau tu. Boleh pakai.”
“Kau buat trick. Orang tak perasan kau guna tangan kau buat trick. Skill ni power bro. Powerr.”
Rais diam membisu.
“Job apa?”
“Kau boleh terima arahan?” soal Bazli kepada Rais.
“Boleh. Jap arahan macam mana?”
“No question asked. That’s the job bro. Kau boleh buat?”
Rais berfikir sejenak.
.
.
“Berapa kau nak bagi?” soal Rais kepada Bazli.
“Paling mudah, guna tingkap bilik air. Situ gelap, takde cctv. Aku kena ada screwdrivers untuk bukak tingkap bilik air.“
“Kau giler Li. Giler giler. Kalau aku masuk sekarang, aku tak keluar balik kau tahu tak?”
“Aku dah lama tinggal benda-benda macam tu.”
“Haha tak Li. Aku tak nak. Aku anak bini kat rumah.”
“Okay bro. Ni nombor phone aku. Kalau kau rasa nak duit lebih. Kau call aku.”
Kemudian Bazli gerak, blah dari meja makan.
Dia simpan semua alatan dan costume badut dia. Kemudian, dia baring di sebelah isterinya.
Universiti Teknologi Malaysia. Di Pesta Konvo yang diadakan di UTM.
Sekali lagi, Rais pulang lewat ke rumah. Meninggalkan isteri dan anaknya, Adi di rumah.
“Ya boss.”
“Korang masuk ambil semua barang dalam rumah ni. Rantai ke cincin ke, korang kebas semua.”
“Bini dengan anak dia?”
“Lawa tak?”
“Lawa.”
“Kalau lawa, makan je la.”
“Waalaikummusalam! Siapa ye?” sahut Nur.
“Ni rumah Encik Rais ke?”
“Ya. Kenapa ye?”
“Dia accident kat Taman Universiti.”
Nur hampir jatuh ke lantai selepas mendengar berita tu. Terus dia bergegas dan pergi buka pintu.
Sorang lelaki menekup kain yang mengandungi klorofom di muka Nur.
Nur meronta dan cuba melepaskan diri. Namun tidak berjaya. Dia rebah ke lantai.
Pada malam tu, Rais telah mengalami kehilangan yang sangat besar.
Hampir kesemua barang berharga di dalam rumahnya, dirompak. Isterinya, Nur, telah dirogol berkali-kali.
Hanya tinggal anaknya, yang masih selamat.
Persoalannya, kenapa dia?
Kenapa rumah dia?
Siapa musuh dia?
Dia takde musuh. Paling memedihkan baginya adalah, isterinya telah dirogol.
Satu dendam telah tersimpan dlm diri Rais.
“Li. Aku ni. Rais.”
“Ada apa call aku ni?” jawab Bazli.
“Aku nak dengar job yang kau cakap tu.”
“Yess. Onn.. Jap asal tiba-tiba?”
“Aku nak pakai duit sikit.”
“Okay. Jumpa aku kat, Stulang. Aku ada sini.”
“Okay macam ni Rais. Aku ada boss. Nama dia, Pak Haron. Kerja dia senang je, Pak Haron bagi job, kau buat kasi settle.”
“Job apa?”
“Ni.” Bazli menghulur 2 keping kertas yang mengandungi butiran dan gambar seorang lelaki.
Bazli menghembus asap rokok 2, 3 das sebelum menjawab soalan Rais.
“Kau kena bunuh mamat dalam gambar ni.”
“Pergh. Sorry ar Li. Keje apa pun, aku okay. Tapi bukan bunuh orang Li.”
“Satu malam settle. RM 5,000.00. Cash.” sampuk Bazli
“Dah tu kau ingat budak bodoh macam aku ni, boleh pakai macam gini punya style, guna duit dari mana??”
“Aku tak boleh sorry Li.”
“Takpe aku fikir sendiri. Aku gerak dulu.”
“Kau betul la loser Rais. Kalau kau bijak sikit, bini kau dah tak kena rogol.”
Tapi Bazli sempat mengelak. Dan dia membalas tumbukan, tepat ke muka Rais.
Rais membalas dengan satu flying kick hinggap ke leher Bazli.
Bazli jatuh ke lantai. Rais ingin meneruskan serangan. Bazli keluarkan pistol.
“Aku tahu kau tengah marah. Tapi marah takkan selesaikan masalah kau.”
“Kau ingat aku tak pernah dengar pasal kau? Asal? Tangan kau tak pernah berendam dalam darah ke sebelum ni??” sambung Bazli.
“Aku pernah dengar cerita. Ada budak jantan pailang 5 tahun dulu. Kau bagi dia pistol sebijik, takde peluru jatuh ke tanah. Aku tahu budak tu kau Rais.”
“Kalau kau jumpa budak pailang tu, kau lari, jangan toleh belakang.”
Sebab kau tak pernah missed target. Lepas tu kau jadi busker, lepas tu badut? Ko bodoh ke apa??”
“Kau nak hidup senang, kau buat job ni.”
Bazli tarik sebatang rokok,
“Kau settle kerja kau, kau call aku. Aku bawak kau jumpa Pak Haron.”
Kemudian Bazli gerak dan blah tinggalkan Rais sorang-sorang.
Benarlah tanggapan dia dulu, dosanya tidak semudah itu untuk diampun.
Apabila memikirkan keluarganya. Isterinya yang masih di hospital.
Rais mengenggam kuat pistol di tangan.
He’s ready for some serious shit.
“Nur. Abang minta maaf.”
“Takpe. Benda dah jadi. Abang tak kerja ke?”
“Abang batalkan semua show.”
“Adi?”
“Kat rumah mak.”
.
.
.
“Abang ada job baru.”
“Job apa?”
“Abang jual insurans.”
Nur gembira setelah mendengar berita dari mulut Rais.
Dia buka tingkap kereta. Sambil menghembus asap rokok.
Matanya, memerhatikan kereta di depan. Toyota Vellfire.
Di atas seat penumpang belah kiri, dia letakkan sepucuk Glock 17, lengkap dengan silencer.
Suspek dilihat berada di seat penumpang di dalam sebuah Toyota Vellfire Hitam.
Selepas hampir 30 minit, Vellfire Hitam ni berhenti di sebuah rumah.
Rais memandu secara perlahan-lahan. Dia menunggu peluang dan view yang sesuai.
Tangan kanannya memegang steering.
Tangan kirinya, memegang kemas Glock 17.
Rais memerhatikan setiap cctv yang berada dalam range kedudukannya.
Dia jumpa spot yang sesuai.
Trajectory 9MM Parabellum adalah mengikut arah angin.
Kelajuan angin, 3-5.5 km/h. Arah angin, north east.
Jarak tepat Glock 17 adalah dalam range 200 M. Kedudukan Rais sejauh 130-150 M dengan kedudukan suspek.
Rais menekan pedal minyak. Dalam beberapa saat sebelum dia sampai ke “sweet spot”,
Rais mengangkat dan mengacu pistol ke arah Syed Razman dan driver nya.
3..
2..
1..
“BAMMM!!!”
Dua tembakan dilepaskan. Tembakan pertama untuk Syed Razman, dan tembakan kedua untuk driver Syed Razman.
Driver Syed Razman tak bersalah dalam hal ni. Tapi,
Rais tak boleh meninggalkan sebarang tahi selepas buat kerja.
“Hah Rais. Macam mana?”
“Settle.”
“Tu yang aku nak dengar. Bagi kerja tadi. Malam terus settle. Kau kat mana ni?”
“Aku balik rumah.”
“Okay. Esok jumpa aku tempat biasa. Pak Haron nak jumpa kau.”
Dia park kereta, masuk dalam rumah, buka tv.
Dia duduk atas sofa depan tv, di tengah-tengah ada meje kecik.
Dia keluarkan pistolnya, keluarkan magazine. Tarik slide dan pastikan tiada peluru tertinggal dalam pistol.
5 tahun lalu, setiap kali habis job, inilah rutinnya sebagai pembunuh upahan.
Setelah selesai, dia keluarkan sebatang rokok, dan dia hisap.
Habis sebatang, hisap lagi sebatang.
Sampai dia tertidur.
“Sampai pun kau. Lama aku tunggu.”
“Jalan jem tadi.”
Rais mengintai ke arah pelayan kedai,
“Dik, Tea O Ais satu!”
“Eh takyah order ar. Kau ikut aku. Kita pergi rumah Pak Haron.”
“Li, aku kenal budak-budak Pak Haron kat luar rumah ni.”
“Haha. Dorang kenal kau, lebih dari kau kenal dorang.”
“Huh?”
“Abang dorang, pakcik dorang, berapa orang yang kau pernah rembat dulu. Kau lupa?”
Rais merasakan umpama ada berpuluh-puluh mata memandangnya.
Rais menggenggam kemas pistolnya, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya dia diserang.
“Waalaikummussalam.”
Sapa Bazli. Dan dia terus mencium tangan Pak Haron. Rais juga melakukan perkara yang sama.
“Dah makan?” tanya Pak Haron.
“Dah Pak Haron.” jawab Bazli.
“Rais?” tanya Pak Haron lagi.
“Dia pun dah Pak Haron.” sampuk Bazli.
“Belum Pak Haron.” jawab Rais.
“Bagus. Mari makan dulu. Bazli, makan sekali.”
Kemudian, dorang menyantap makanan di meja makan rumah Pak Haron,
Selepas selesai makan, Pak Haron keluarkan rokok sebatang.
“Eh takpe la Pak Haron.”
“Rais! Ambil je la” tegur Bazli.
Rais menyambut rokok di tangan Pak Haron.
Dorang berdua menyalakan rokok. Dan menghembuskan asap rokok.
“Duit, perempuan, rokok. 3 benda ni penting dalam hidup orang lelaki. Takde salah satu, tak senang hati.” sambungnya.
Rais menyambut satu sampul surat dari Bazli, yang dipenuhi dengan duit.
“Macam mana? Susah tak bunuh orang sekarang? Haha.” tanya Pak Haron kepada Rais.
Bazli turut ketawa.
“Biasa je Pak Haron.”
“Ni aku ada kerja susah sikit untuk kau.” sambung Pak Haron.
Pak Haron menyerahkan satu file kepada Rais.
“David ni buat apa Pak Haron?” tanya Bazli.
“Seludup senjata.”
“Banyak dah budak kita arwah sebab cina ni. Rais, kau boleh buat tak?” tanya Pak Haron.
“Berapa Pak Haron nak bagi saya?”
“Rais. Kalau kau kantoi, jangan sebut apa-apa pasal keluarga kita. Kalau kau tak tahan kena torture, kau gigit lidah, bunuh diri.” sambung Bazli
“Saya ambil job ni.” sahut Rais
“3 hari. Settle cepat-cepat. Balik peluk bini.” kata Pak Haron
Kemudian, dia menjenguk anaknya, Adi di rumah maknya.
“Adi duduk dengan tok mak sekejap ea. Ayah ada kerja sikit. Nanti ayah bawakan mainan untuk Adi.”
“Orang okay mak. Orang ada kerja sikit. Nanti orang datang lagi. Ni duit sikit untuk mak.” Rais menghulurkan wang sebanyak RM 500.00 kepada maknya.
Selepas mencium tangan maknya, Rais bergegas ke keretanya.
