Hi,👋 we have updated the app and fixed multiple bugs. We are lacking funds, request to free user not to use Adblock. Ads are non intrusive. 😊

@syahirzuhairi: Bismillah, kita mula.DISCLAI...

@syahirzuhairi
12 views Mar 26, 2026
Advertisement
1
Bismillah, kita mula.

DISCLAIMER
Bukan buy/sell call. Sekadar sharing. Trade at your own risk.

Kalau nak ikut strategi SnD SnR, hang wajib tau apadia snd snr ni dulu.

SnD :-
Simple saja, konsep ekonomi mana2 sentimen.
1. Supply // Penawaran
2. Demand // Permintaan
2
Trader guna SnD untuk buat dia sebagai monitoring-zone. Di mana dekat kawasan ni sajalah yang dia akan tunggu untuk buat decision untuk Long (buy) atau Short (sell).

Demand - Sifat asli adalah untuk BUY
Supply - Sifat asli adalah untuk SELL

Ingat, benda trading ni bukan macam..
3
..hitam putih, dia ada masa, kita boleh buy jugak dekat Supply atas kondisi2 tertentu.

Jadi kita masuk pulak bab SnR.

SnR :-
1. Support // Lantai (Tempat di mana harga akan selalunya akan bounce dan mencari balik harga situ atas sebab itulah harga yang Big Institution setuju)
4
2. Resistance // Siling (Sama explanation macam support, bezanya dia duduk dekat atas. Support dekat bawah).

Support - Kaw. buyer bertahan
Resistance - Kaw. seller bertahan
Bila pecah, lantai boleh jadi siling, siling boleh jadi lantai.
5
Jadi bila hang dah tau asas dua benda ni, baru boleh belajaq satu benda nama dia Pattern.

Pattern dalam trading ni beratus2. Tapi boleh cakap, apa sekalipun pattern yang keluar, mesti ada SnD & SnR ni.

Pattern dalam SnD hanya ada EMPAT.
Dua dari Supply.
Dua dari Demand.
6
Supply
1. Drop Base Drop (DBD)
2. Rally Base Drop (RBD)

Kotak biru yang aku sketch tu akan dianggap sebagai monitoring-zone yang aku borak kat atas tadi. Di mana kalau sampai balik dekat kawasan situ, kita akan mencari peluang untuk entry SELL.
Media image
7
Demand
1. Rally Base Rally (RBR)
2. Drop Base Rally (DBR)

Sama macam dekat atas tadi, zone biru, adalah monitoring-zone.
Media image
8
Kedua-dua ilustrasi dekat atas dilukis menggunakan panduan Line Chart. Bukan Candlestick Chart.

Tadi aku cakap, Supply 2, Demand 2.
Tapi awat dalam gambaq Supply 4, Demand 4?

2 tu hanya ilusi haha. Benda yang sama saja. Cuma kadang dia jadi macam yg belah kiri, kadang yg kanan
9
Nak explain lebih2 pasal tu pun nanti aku jawab dekat orang yang nak tanya ja lah, kalau tak panjang sangat thread ni.

Okay kita proceed kepada Contoh dia dalam chart sebenar.

Area 3354-3358 tu adalah area yang kita akan monitor untuk kita entry sell.
Media image
10
Cuba tengok waktu aku tanda kotak kelabu, dan perhatikan dekat area kuning yang aku highlight. Itu adalah pattern RBD tadi.

Tak nampak lagi takpa, tengok next tweet.
Media image
11
Ini dalam line chart, semoga nampak. Kalau tak nampak juga boleh tanya.

Ini jugak salah satu dari berjuta contoh yang boleh cari dalam mana2 pair.
Media image
Media image
12
Rasa macam lapaq pulak, nak masak sat. Tengok dulu kot ada yang support aku punya sharing ni, aku proceed untuk Demand dan SnR pulak haha.
13
Ayuh kita sambung.

Untuk Demand pulak, dekat bawah ni salah satu dari berjuta contoh yang terjadi dalam mana2 pair.

Contoh dekat bawah, dalam Pair BTC/USD

Area 116,954-117,63 tu disebut sebagai Demand semasa kerana ada structure RBR.
Media image
14
Macam tadi, bila terjadinya demand (Yellow highlight), kita akan tunggu price datang balik ke arah situ untuk kita target entry BUY (Long).

Tengok apa yang aku tulis dekat situ.

Entry dengan CONFIRMATION.
Kena ingat, zone hanya sekadar zone.
Media image
Media image
15
Takda confirmation, kita takkan entry.

Kena ingat jugak, walaupun dengan confirmation, masih tetap ada possibility untuk hang lose dalam trade. Cuma at least hang tau, dengan confirmation dalam trading, hang akan tau berapa hang akan loss berapa hang akan profit.
16
Tiada teknik yang holy grail dalam dunia trading, kecuali hang berkawan dgn Trump.

Sambung sikit lagi bab zone ni. Zone ni pulak bila2 masa dia boleh saja tak respect. Maksud tak respect tu, let's say kita ada satu RBR (demand).

Dekat demand takda orang berakal nak cari sell..
17
.. dia akan tunggu peluang untuk buy. Sebab apa ?
Sebab dekat situ ada permintaan untuk hantar price ke atas lagi. Jadi secara logiknya, dia akan tunggu peluang (confirmation) untuk dia masuk position BUY.

Jadi macam mana dengan S/D yang dah pecah ?
18
Aku boleh kata, dari pengalaman trading aku yang tak seberapa ni, SnD selalu break atau tak respect atas sebab TIADA confirmation.

Ingat, confirmation ni vary. Dia banyak.
Ada yg tengok Candlestick type, ada tengok chart pattern yang beribu tu, dan ada jugak tengok melalui indi
19
Indi tu indicator. Indi ni aku tak berapa pakai kecuali volume. Aku lebih suka kepada naked chart.

Confirmation g aku selalu guna adalah Chart pattern, beberapa candlestick type dan pakai sikit confluence Fibo dan wajib tengok Volume supaya kurang lagi risiko untuk kena f/out.
20
F/Out tu fakeout. Biasalah, kena pakai shortform kerap sikit sebab Mas Elon ni suruh subscribe dia pnya bisnes haha.

SOP yg hang kena faham untuk hang at least boleh trade pakai strategi ni,
1. Snd Snr
2. Breakout/Fakeout/Key Level
3. Confluence & Confirmation
4. Backtest
21
1. SnD SnR
Yang aku explain dekat atas ni takdalah betul2 detail sangat. Ya lah, aku nak tulis banyak2 pun buat pening kepala saja nak baca untuk orang yg tak pernah dengaq benda2 ni.

2. Breakout/Fakeout/Key Level
Benda ni paling wajib hang kuasai untuk tentukan..
22
..zone mana yang hang nak betui2 tunggu. Sebab kalau fikir logik, takkan semua RBR hang nak tanda?

Jadi, dalam tu topik ni la hang kena kuasai cara nak tengok Trend, Market Structure, dan sebagainya. Banyak kalau nak kena list.

Lepas hang dah tau 2 benda kat atas ni, barulah..
23
..hang boleh proceed kepada Confirmation. Confirmation ni yang paling tricky. Sebab dekat part ni lah hang nak kena tau cara untuk execute trading position tu.

Macam aku borak kat atas tadi, Confirmation ada banyak. Aku akan share beberapa yang aku selalu guna (Win Rate tinggi)
24
Jadi sebelum kita tulis banyak lagi, jangan risau aku tak lupa bab Support n Resistance tu.

Hang tengoklah lukisan yang tak seberapa tu. Dalam SnR ni, ada dua jenis/bentuk.

Satu berbentuk sharp
Satu berbentuk doji

Doji ni adalah salah satu jenis Candlestick (CS).
Media image
25
Di mana, dalam doji ni berlaku ketidakseimbangan dalam harga pada satu2 period tertentu.

Tapi aku takmau borak doji ni sangat, lebih baik fokus kepada SnR ni dulu. Kalau ada nak tanya, feel free to ask.

Okay, sekarang ni apa beza SnD dengan SnR ni?
26
SnD ni dia macam adik beradik dengan SnR. Yang mana bila ada SnD 99% akan ada SnR. Mana pi lagi satu 1%?

1% lagi tu boleh terjadi kalau berlaku CS Double Marubozu sebagai Demand ataupun Supply. Jadi dalam timeframe sedemikian, tak nampak macam ada SnR, dia ada dekat Hidden base
27
Takpayah lah borak hidden base apa benda ni lagi.
Back to relationship.

Demand - Support
Supply - Resistance

Jadi, dalam gambar ni
Kita boleh simpulkan

SnD - 3479.18
SnR - 3480.03
Media image
28
Bahasa kampung dia

SnD ni tempat big institution 'negotiate' sama ada nak hantar price ke bawah atau ke atas.

SnR harga yang dapat 'kata sepakat' untuk hantar price sama ada ke bawah atau ke atas.

Kalau support confirmlah dia ke atas, dan sebaliknya.
29
Banyak lagi nak kena borak betui2.
Cuma penat juga sebenarnya tulis2 ni.

Antara yang hang kena tau lagi, adalah valid SnR punya bentuk, dekat timeframe mana nak tanda SnR tu, dan macam mana correlatekan dia dengan trend dan sebagainya.
30
Pi lepak sat, nanti ada semangat dan support dari korunkkk lagi i sambung 🤣
Actions
Visual Editor Carousel Maker NEW
Update Thread
What You Can Do
  • Download as PDF
  • Save to Notion
  • Export as Markdown
  • Visual Editor
  • LinkedIn & Instagram Carousel Maker
Create Free Account

Includes 7-day Premium trial

Advertisement